Perihal sembahyang


PERIHAL SEMBAHYANG.
1. Ilmu
a) Fardhu dan sunat dalam sembahyang
b) Fardhu dan sunat dalam wuduk
c) Tipu daya syaitan
2. Kesempurnaan Wuduk
a) Sucikan hati dari sifat mazmumah
b) Sucikan anggota dari dosa
c) Membasuh dengan sempurna dan tidak berlebihan
3. Kesempornaan Pakaian
a) Halal
b) Suci dari najis yang tidak dimaafkan
c) Menepati sunnah
4. Kesempurnaan Waktu
a) Mengamati akan kehadirannya
b) Telinga mendengar azan
c) Hati mengingati janji Allah akan balasan baik
5. Kesempurnaan Mengadap Qiblat
a) Mengadap dengan dada
b) Mengadap Allah dengan hati
c) Khusyuk, Tawaduk dan menghinakan diri
6. Kesempurnaan Niat
a) Sedar benar akan melakukan sembahyang
b) Sedar engkau diperhatikan Allah
c) Sedar Allah mengetahui isi hati dan pikiranmu
7. Kesempunaan Takbir
a) Melakukannya dengan betul dan putus
b) Angkat tangan berbetulan dua telinga
c) Hati hadir dengan membesarkan Allah
8. Kesempurnaan Qiam
a) Halakan mata ketempat sujud
b) Halakan hatimu kepada Allah
c) Jangan berpaling ke kanan dan ke kiri
9. Kesempornaan Bacaan
a) Betul, tartil dan jangan terlampau pelan.
b) Memikirkan makna dan maksudnya
c) Amalkan apa yang dibaca itu.
10. Kesempumaan Rukuk
a) Ratakan belakang sampai kepala
b) Hantarkan dua tapak tangan di atas dua lutut dan jarangkan jari
c) Thamakninah, tasbih dan ta’ zim
11. Kesempurnaan Sujud
a) Dua tangan berbetulan dua bahu
b) Merenggangkan dua lengan dari dua lambung dan jangan hampar
c) Mengucap tasbih dengan penuh takzim
12. Kesempurnaan Duduk
a) Duduk tawarruk / Iftiras
b) Tasyahut dan shalawat dengan ta’zim
c) Doakan dirimu, Ibu Bapa dan Kaum Muslimin.
13. Kesempurnaan Salam
a) Sebut dengan betul dan niat sesiapa yang ada pada kiri kanan.
14. Kesempurnaan Ikhlas
a) Menuntut redha Allah, sedar taufiq dari Allah dan hilang dirimu.

Langkah-langkah memperbaiki iman


1. Bersihkan Rumah Dari Setiap Perhiasan Yang Menyerupai Patung-Patung Dan Berhala.
2. Banyakkan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Soleh Dan Melibatkan Diri Dengan Majlis-Majlis Ilmu.
3. Mudah Untuk Memberikan Kemaafan Di Atas Kesalahan Orang Lain Terhadap Kita.
4. Bila Berada Dalam Keadaan Marah Janganlah Berlebihan, Ingatlah Sifat Marah Itu Adalah Berasal Dari Syaitan.
5. Banyak Mengerjakan Sembahyang Berjemaah Terutama Di Masjid.
6. Banyakkan Berdoa, Berzikir Dan Bertahmid Kepada Allah S.W.T.
7. Banyakkan, Beristighfar Dan Memohon Taubat Kepada Allah S.W.T.
8. Cintailah Seseorang Tetapi Tidak Berlebihan.
9. Hargailah Setiap Pemberian Dan Hadiah Dari Orang Lain Kepada Kita.
10. Jangan Terlalu Tamak Pada Harta.
11. Jangan Terlalu Bercita-Cita Tinggi Terhadap Sesuatu Kedudukan.
12. Jangan Berkeinginan Terlalu Tinggi Melebihi Dari Kemampuan Diri.
13. Tidak Merasa Goyah Kerana Sesuatu Fitnah Yang Dilemparkan.
14. Jangann Mencampuri Harta Yang Halal Dengan Yang Haram.
15. Jangan Mempunyai Musuh Kecuali Iblis Dan Syaitan.
16. Jangan Terlalu Takut Kepada Kemiskinan Dan Kesusahan.
17. Jangan Melakukan Sesuatu Yang Menyebabkan Orang Lain Terganggu.
18. Jangan Berkata Sesuatu Yang Menyebabkan Orang Lain Rasa Terhina.
19. Jangan Cepat Percaya Kepada Berita Buruk Mengenai Sahabat Kita Sebelum Diperiksa Akan Kebenarannya.
20. Jangan Melengah-Lengahkan Tanggungjawab Dan Kewajiban.
21. Jangan Terlalu Banyak Membuat Hutang.
22. Jangan Terlalu Mudah Membuat Janji, Tetapi Tidak Menunaikannya.
23. Jangan Menyimpan Dendam Dan Berkeinginan Untuk Membalas Kejahatan Dengan Kejahatan.
24. Jangan Menyimpan Benci Terhadap Orang Yang Membenci Kepada Kita.
25. Jangan Membiasakan Diri Dengan Berkata Dusta Dan Berbohong.
26. Jangan Membuka Aib Orang Lain.
27. Jangan Bersedih Kerana Miskin, Dan Jangan Bersikap Sombong Kerana Kaya.
28. Jangan Menghabiskan Waktu Untuk Sekadar Mendapat Hiburan Dan Kesenangan Yang Melalaikan.
29. Jangan Ada Rasa Takut Kecuali Kepada Allah.
30. Jangan Membiasakan Diri Melakukan Dosa-Dosa Kecil.
31. Jangan Bersikap Sombong, Takabur, Angkuh Dan Besar Kepada.
32. Jangan Menzalimi Dan Mengianaya Anak-Anak Yatim.
33. Jangan Menghina Kepada Mereka Yang Suka Meminta-Minta, Hulurkan Sedekah “Kerana Allah” Sekadar Yang Mampu.
34. Jangan Membuat Dosa Terhadap Kedua Ibu Bapa.
35. Jangan Menyimpan Hasad Dengki Dan Dendam Di Atas Kejayaan Orang Lain.
36. Jadilah Seorang Insan Yang Boleh Menyumbangkan Manfaat Kepada Agama, Bangsa Dan Negara.
37. Jangan Meraih Kejayaan Di Atas Penderitaan Dan Kesengsaraan Orang Lain.
38. Jangan Mengumpul Kekayaan Tetapi Dengan Memiskinkan Orang Lain.
39. Sentiasa Berlaku Adil Dalam Setiap Urusan Dan Pekerjaan.
40. Sentiasa Memelihara Aurat Dari Pandangan Yang Bukan Mahramnya.
41. Sentiasa Menghormati Dan Menyimpan Perasaan Kasih Kepada Guru-Guru Dan Alim Ulamak.
42. Sentiasa Mengingati Kepada Kematian Dan Menyedari Bahawa Kehidupan Di Dunia Ini Adalah Sementara Sahaja.
43. Sentiasa Berlaku Adil Walaupun Diri Kita Sendiri Yang Akan Menanggung Kerugian.
44. Sentiasa Memelihara Dan Menjaga Amanah Dengan Penuh Rasa Tanggungjawab.
45. Sentiasa Memandang Kebawah Supaya Diri Kita Bersyukur Kepada Allah Di Atas Apa Yang Diberikan.
46. Jangan Berputus Asa Bila Berhadapan Dengan Kesusahan.
47. Kurangkan Percakapan Dan Perbualan Yang Mensia-Siakan.
48. Makanlah Dengan Secukupnya Tetapi Tidak Terlalu Kenyang Dan Berlebihan.
49. Membanyakkan Membaca Al Quran Dan Meghayati Maksudnya.
50. Menjauhkan Diri Dari Penyakit-Penyakit Batin.
51. Membanyakkan Sembahyang Malam (Sunat).
52. Membanyakkan Bersolawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.
53. Menyayangi Kepada Fakir Miskin Dan Sentiasa Berlaku Baik Terhadap Mereka.
54. Menganggap Setiap Pertemuan Kerana Allah Dan Perpisahan Juga Kerana Allah
55. Sentiasa Berwaspada Dan Menjauhkan Diri Dari Dosa-Dosa Besar.
56. Sentiasa Bersyukur Bila Mendapat Nikmat, Bersabar Bila Mendapat Kesulitan.
57. Sentiasa Bertawakal Di Atas Setiap Kerja Dan Amal.
58. Sentiasa Ikhlas Di Atas Setiap Kerja Dan Perbuatan.
59. Tunaikanlah Janji, Bila Telah Diikrarkan Dan Mintalah Maaf Bila Tidak Dapat Melaksanakannya.
60. Yakin Diri Setiap Kebajikan Akan Mendatangkan Kebaikan Dan Setiap Kejahatan, Akan Mendatangkan Kerosakan.
61. Sentiasa Menghormati Kepada Setiap Orang Walaupun Ianya Lebih Muda Dari Kita.

Wudu


Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

  • 1. Sembahyang-sembahyang sunat.
  • 2. Thawaf di Baitullah.
  • 3. Menyembahyangkan mayat.
  • 4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
  • 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-

  • 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
  • 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
  • 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
  • 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
  • 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
  • 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
Rukun-rukun Wuduk
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-
BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH
BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
“Nawaitu rafa’al hadathil asghari Lillahi Ta’ala” ertinya “Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta’ala” atau “Nawaitu Udu’a Lillahi Ta’ala” bermaksud “Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala”. Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca “Bismillah hirrahman nirrahim” dan niat.
NIAT & BASUH SELURUH MUKA
DARI TELINGA KIRI-KANAN
2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri – 3 Kali.
HUJUNG JARI HINGGA SIKU
MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI
3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak – 3 Kali.
MENYAPU AIR KE KEPALA
MENCUCI KEDUA TELINGA
4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. – 3 Kali.
MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI
MULAKAN KAKI KANAN/KIRI
5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. – 3 Kali.
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk
Sunat-sunat Wuduk
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-

  • 1. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 2. Menbaca “Auuzubillah himinasyaitonirrajim” dan “Bismillah hirrahman nirrahim”.
  • 3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
  • 4. Berkumur atau bersugi.
  • 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • 6. Menyapu air ke kepala.
  • 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • 9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • 10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • 11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • 12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
  • 13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
  • 14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • 15. Berjimat ketika menggunakan air.
  • 16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
  • 17. Membaca Doa Selepas Wuduksetelah selesai berwuduk.
Perkara yang membatalkan wuduk.
Enam perkara membatalkan wuduk:-

  • 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
  • 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
  • 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
  • 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
  • 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
  • 6. Murtad.
Perkara yang sunat untuk berwuduk.

  • 1. Sehabis keluar darah dari hidung.
  • 2. Sesudah mengantuk.
  • 3. Hendak berjalan jauh.
  • 4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
  • 5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
  • 6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
  • 7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
  • 8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
  • 9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
  • 10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
  • 11. Ziarah ke kubur.
  • 12. Memegang atau memikul mayat.
  • 13. Jika dalam keadaan marah.

Tayamum


Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.
Fardu Tayamum

  • 1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. “Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah” ertinya “Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang “.
  • 2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
  • 3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
  • 4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).
“Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah” ertinya
“Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang “.
SAPUKAN KE MUKA
SAPUKAN TANGAN
Syarat-syarat Tayamum

  • 1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
  • 2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
  • 3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.
Sunat-sunat tayamum

  • 1. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 2. Membaca “Bismillah hirrahman nirrahim”.
  • 3. Menipiskan debu di tangan.
Perkara yang membatalkan tayamum

  • 1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
  • 2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.

Rukun Shallat dan sembahyang


Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-

  • 1. Orang Islam.
  • 2. Menghadap arah Kiblat
  • 3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
  • 4. Akil baligh
  • 5. Berakal.
  • 6. Melihat atau mendengar.
  • 7. Jaga (tidak tidur)
  • 8. Sudah masuk waktu sembahyang.
Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-

  • 1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
  • 2. Menghadap ke arah Kiblat.
  • 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
  • 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
  • 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.

  • 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  • 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  • 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  • 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
  • 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  • 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
  • 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  • 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  • 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  • 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  • 11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  • 12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  • 13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-

  • 1. Batal Wuduk.
  • 2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
  • 3. Terbuka Aurat.
  • 4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
  • 5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
  • 6. Tertawa Terbahak-bahak.
  • 7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
  • 8. Berubah Niat.
  • 9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
  • 10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH – berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

Doa selepas sembahyang


Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Allahumma solli wasallim ‘ala saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma’in. Allahuma inna nas alukal ‘afwa wal ‘afiah, wal mu ‘aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin ‘aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa’azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi ‘ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na’lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, ‘ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na’alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina ‘azabannar. Wasalallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw wa ‘ala alihi wasahbihi wassalam.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

ANTARA SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN ALLAH


1. Berdoa dalam keadaan suci daripada hadath besar/kecil dan najis pada tubuh badan maupun pakaian, bersih lahiriah serta batiniah.
2. Memohon perkara-perkara kebajikan.
3. Insaf serta rasa penyesalan di atas dosa-dosa yang telah dilakukan pada masa lalu.
4. Memohon doa di waktu-waktu tertentu seperti selepas melakukan solat-solat fardhu, solat tengah malam atau hari Jumaat.
5. Melakukannya dengan khusyuk, baik sangka dengan Allah.
6. Hidup dengan makanan yang halal.
7. Tidak meminta perkara maksiat.
8. Menyeru nama-nama Allah yang munasabah denga hajat yang diminta.
9. Menggesa serta mengulang-ulang permohonan itu.